haikkkk..baru lagik maa~~~

haha dah hampir 2 bulan aku tak berbLogging nih...
sekali aku dtg terus wat layout baru..so ok tak??

aku sekrg kat sabak bernam..
waa kehauhan melanda...
sbb tu aku jarang on9...

k per2 pon aku aku betul2 free aku update lagik...

salammm~~

waaa...runtuh stadium... patut ler... hehehehe













tepat jam 940am trdengar dentuman yg kuat..mcm kapal terbang mendrt dlm stadium..waaaa rupa2nya atap stadim runtuh..dlm mase 1minit jer rnp stadium br di gong bdk..stadium yg brumur br 1 thn..
jom kita saksikan knp bleh jd runtuh...hehehee

daH baRu

cantek tak templete aku...
kite sama2 hijuakan bumi hahaha..
saje jerkkk wat entry baru kan...
dah lama tak wat...
so saje mengader2 update ahaks....

Slmt Hari Guru 2009

Assalamualaikum sekalian...

Tahun ini merupakan tahun pertama aku bergelar guru, setelah sekian lama bergelar pelajar.. Bersyukur padamu Ya Allah di atas rezeki yang dilimpahkan, semoga diberi petunjuk dan hidayat buatku, dlm mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan hidup penuh berilmu pengetahuan..

Atas segalanya buat semua guru-guruku di mana jua kalian berada.. Selamat Hari Guru.. Sesungguhnya kalian adalah insan-insan mulia! Terima kasih sekali lagi kerana mengajarkanku ilmu hayat!! Terima kasih kerana mengenalkanku akan indahnya kehidupan!!Terima kasih guru atas segala-galanya!!!

PUISI DI HARI GURU

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.


PANTUN DI HARI GURU

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


TAG from WanieY..

waaa, ptg ni rs rjin nk mnjwb tag..hehe..

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

1- aku nak khwin.. ngan buah hati trsyg.. farha..
2- nk keje cpt2(ngajo), mula brjimat cermat kumpul2kn duit..
3- aku nk kemeje & seluar slack yg boleh menambhkn penampilanku apabila bkerja nnt..
4- aku nak anak2 yg comel2 n sihat2 dan hidup bahagia dgnnya..
5- aku nk brcuti ke pulau perhentian@redang selama seminggu..

5 perkara hebat yang pernah dilakukan:

1- alhamdulillah brjy mndptkn segulung ijzh dan diploma..
2- prnh naib johan dlm prtanding karaoke sempena hari kemerdekaan..
3- prnh johan dlm sukan olahraga di peringkt daerah..
4- mnjd best presenter dlm pertandingan pembentangan projek sains sukan di Teluk
Danga Conference Games..
5- tidak terlalu mengejar kebendaan n keduniaan kerana ilmu tuhan yg kita cari selama hidup ni
tak akan sampai pd kita..

5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi)

1- Ciptaan tuhan kepada hambanya..
2- logo UTM
3- lagu2 brunsur ketuhanan
4- muzik yg kreatif
5- alat2 teknologi yg Artifical Intelligence

5 perkara yang dibenci:

1- suke brtindak melulu...
2- tak kemas..
3- kurang adab dan kesopanan
4- pendiam
5- sakiti hati org lain

Salam UKHUWAH...




YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…


NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

jwb tag..

Jwb tag ura yer..

1. if u could spend RM1 in 5 minute,what would u spend on?
- ubat nyamuk

2. what is most favourite thing to do?
- jln2

3. what kinds of news u read?
- sukan

4. what r u doing rite now?
- tgk tv


5. is there someone in ur heart rite now?
- hehe.. mmg ade..


6. do u believe u can survive without money?
- duit bukn segalanya, tp dunia skrg memerlukn duit..
huh

7. do u know ur BMI??
- 21.23


8. what do u feel doing rite now?
-hepy..alhamdulilllah..


9. if there's someone who u love, do u confess him/her?
- tak!!


10. list out 3 good points of the person who tagged u?
- baik, ayu dan brpunyer


11. what is the thing that make u thing she is kind?
- sume org dilahirkan dgn penuh kebaikan.. so xkan laa dia jahat kot..


12. what is the thing that make u think she is bad?
-baik2 aje.. hehe

13. are u left-handed or right-handed?
- left


14. if u had to eat something in rest of ur life, what would it be?
- roti


15. if u had to choice to be rich or happy, which would u choose?
-suke hidup sederhana, kaya2 pn xkemana, nnt dlm lubang kubur jugak..huhu..kiter insan kerdil
brsyukur dgn ape yg ade dan gunakn sebaiknya akal yg tuhan beri..

16. if u have a chance, which part of ur character u would like to change?
-api amarah, nk pdmkn trus..

17. who is the people u can share ur problem wit?
-me


18. makan or tdo??
- tdo


19. what is the one thing u love about urself..
- tak kesah ape3..


20. if u have a million ringgit what would u do?
-nk beli tanah kt kaw yg membangn, buat bgunn kedai n bg sewa,sedekah dan simpn yg lebihnyer utk mase dpn ank2..